6 JENIS MAKANAN YANG WANITA PATUT ELAKKAN SEMASA DATANG BULAN

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan

6 JENIS MAKANAN YANG WANITA PATUT ELAKKAN SEMASA DATANG BULAN

Kekejangan di bahagian perut atau senggugut adalah masalah biasa yang kerap dialami oleh wanita yang sedang datang bulan. Rasa sakit di bahagian perut itu kerap kali menjejaskan aktiviti seharian sehingga ada yang terpaksa menelan ubat penahan sakit.
Mungkin ramai wanita yang tidak sedar bahawa beberapa jenis makanan yang diambil turut menjadi punca atau faktor yang menyebabkan kekejangan di bahagian perut menjadi lebih menyakitkan.
Dibawah ini dikongsikan 6 jenis makanan yang perlu dielak ketika datang bulan.

1. Daging berlemak

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan
Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.

2. Aiskrim

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan2
Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?
Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

3. Snek dan kerepek

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan3
Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung.

4. Coklat, biskut dan kek

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan4
Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.
Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.

5. Kopi

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan5
Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.
Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

6. Minuman tenaga

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan6
Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »

Artikel Terkait:

0 Komentar untuk "6 JENIS MAKANAN YANG WANITA PATUT ELAKKAN SEMASA DATANG BULAN"

 
Copyright © 2015 LIPAK DEREK - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top