DALAM
keadaan ekonomi yang semakin merudum kini, ramai rakyat Malaysia yang
terpaksa bekerja keras untuk menampung kos sara hidup yang semakin
meningkat yang mana ia jelas membebankan ramai pihak terutamanya
golongan bawahan.
Ditambah
dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selain nilai
ringgit yang kini diniagakan pada 4.34 berbanding dolar AS, ramai yang
dilihat terpaksa ‘berjaga’ malam untuk mencari pendapatan tambahan.
Mungkin
bagi mereka yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman dalam satu-satu
bidang bernasib baik kerana mampu untuk ‘demand’ terhadap bayaran gaji,
namun bagaimana pula nasib mereka yang kurang bernasib baik dalam
pendidikan?
Tambahan
di Malaysia, untuk mendapat pekerjaan di mana-mana agensi swasta atau
kerajaan, seorang individu sekurang-kurang perlu memiliki Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), selain disyaratkan terlibat aktif dalam
ko-kurikulum.
Namun,
mungkin anda tidak menjangkakan sebenarnya banyak pekerjaan yang tidak
memerlukan pendidikan tinggi seperti memiliki “degree” yang mampu
menjanjikan gaji yang lumayan.
Laman
sesawang Greater Malaysia baru-baru ini menyenaraikan lima contoh
pekerjaan yang tidak memerlukan “degree” dan boleh menjana pendapatan
sekitar RM4,000 hingga RM50, 000 sebulan. Menarik bukan?
Berikut antara senarai pekerjaaan tersebut;
1. Pemandu Teksi Uber
Menurut
seorang pemandu UberX, syarikat teksi Uber akan membayar mereka
sebanyak RM15 bagi setiap perjalanan (dan RM20 pada waktu puncak), yang
mana Uber hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang
sebagai caj mereka.
Jadi,
secara mudah, pemandu Uber sambilan yang membuat 10 perjalanan setiap
malam dianggarkan boleh memperolehi pendapatan sehingga RM1, 000
seminggu atau RM4, 00 sebulan.
2. Agen Insurans
Kini
banyak syarikat yang menawarkan khidmat insurans. Untuk menjadi salah
seorang agen insurans, pemohon mesti lulus ujian atau peperiksaan yang
berkaitan.
Antara
syarikat insurans popular dan diluluskan oleh Bank Negara adalah
Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Takaful Ikhlas Sdn
Bhd dan lain-lain.
Meskipun
ia tidak begitu mudah, tetapi sekiranya seseorang individu itu bekerja
keras, ia boleh memperoleh pendapatan mencecah RM60, 000 dan terbukti
ramai yang menjadi jutawan selepas menceburi bidang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana ingin menjadi agen insurans, baca disini.
3. Agen Hartanah
Seorang
agen hartanah berpeluang mendapat pulangan yang lumayan. Seorang broker
tanah dapat mengaut keuntungan sekitar RM50, 000 hasil daripada jualan
hartanah.
4. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan
Seorang
pegawai Keselamatan dan Kesiihatan bertanggungjawab untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan orang-orang yang bekerja dalam persekitaran
tempat kerja tertentu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Purata gaji bagi pegawai Kesihatan dan Keselamatan adalah RM 48, 841 setahun.
5. Perniagaan Atas Talian (Online)
Bagi
mereka yang berminat dalam dunia perniagaan dan kekurangan modal untuk
memulakan perniagaan, perniagaan ‘online’ antara cara paling mudah dan
mendapat perhatian ramai kini.
Ramai
pengguna media sosial kini menggunakan platform seperti Facebook,
Twitter dan Instagram bagi mempromosikan barangan mereka.
– mD
0 Komentar untuk "5 PEKERJAAN CECAH GAJI RM50 RIBU DI MALAYSIA TANPA MEMERLUKAN IJAZAH"